Ho Chi Minh & Spain

Tuesday, March 8
Posted by ABC Takaful
Alhamdulillah sudah terbayang-bayang akan bumi Ho Chi Minh dan Spain. "Ya Allah, permudahkanlah usaha ku di saat-saat akhir ini dah mewahkan lah rezeki ku. Moga aku dapat berbuat kebajikan kepada kedua ibu bapa ku dan saudara-saudara ku", Ameennn!!

Ho Chi Minh

Spain
0 comments

Posted in

i City Shah Alam

Friday, March 4
Posted by ABC Takaful
Hanya berbekalkan tidur hanya 1 jam 45 minit kelmarin..jadual harian sangat packed! Alhamdulillah sangat berbaloi-baloi. Buat pertama kali gua pergi i City Shah Alam. Bezanya cuma gua datang pada siang hari berbanding orang lain datang pada malam hari. Kerja maaaa....Client sangat baik dan insyaAllah akan ada rezeki lagi di office tersebut.
Malam hari ada appointment dekat Pandan Indah, existing client. Memang mencabar tapi alhamdulillah closed case yearly jugak. Cuma tidak terlintas difikiran, boss gua nak temankan appointment tersebut. Malu pun ada, serba salah pun ada sebab gua dah senior kan tapi sangat terharu sangat2. Dia orang memang bagus. Moga Allah makbulkan apa yang mereka doa dan idam-idamkan baik dari kehidupan sendiri mahupun team kami.
0 comments

Posted in

Lagi 20....

Thursday, March 3
Posted by ABC Takaful
Lagi 20 hari sebelum tarikh tutup akaun kerja gua. Memang serabut macam sabut serabai xmacam Man Bai penyanyi tu. Apa-apa pun life must goes on dan follow the flow...Alhamdulillah ada jugak kawan-kawan tempat untuk gua discuss dan plan, replanning apa yang patut. Even semalam pun gua pergi rumah boss gua, tunjuk dan bincang buat apa yang patut. Alhamdulillah, makin nampak, makin jelas..cuma sekarang ni usahax1000 plus doa serta tawakal. Orang lain sibuk bayar saman speeding, parking etc...gua selamba abaikan fenomena yang tengah melanda rakyat Malaysia sekarang ni. Orang lain sibuk booking ticket pergi Kota Kinabalu..gua buat kerja gua sahaja. Esok, tau-tau dah naik kapal terbang jer..wish me luckkkkkkkkk ya...

0 comments

Posted in

SEIKO KINETIC

Wednesday, March 2
Posted by ABC Takaful
Telah hilang di office akibat kecuaian sendiri, hari Isnin lepas. Ingatkan malas nak cerita, tapi cerita untuk tatapan diri sendiri nanti. Nak solat Zohor tak macam kebiasaannya lucutkan jam dan tinggal dlm office. Tapi terlupa sampai masuk toilet, lucut dan letak tepi sinki. Sedih gak lah jam2 kenangan satu persatu hilang. Jam ni beli masa zaman kerja dengan company omputeh lagi. Jam zaman kolej dulu kena rompak. Jam zaman university dulu, hilang entah kemana tertiba. Skang ni cuma tinggal jam zaman awal2 berhenti kerja aka masa unpaid leave mood! Memang redha tapi kenangan itu yang mengamit kalbu. Jarang pakai. Tapi akhir-akhir ni kerap pulak pakai. Dah tak ada jodoh namanya :D.


Sari Ratu

Posted by ABC Takaful
Tahap pemakanan gua makin tinggi. Macam biasa gua stok2 kalau stress hujung tahun busines ni, mmg menggunung jugak cita-cita suka untuk makan. Satu lagi, gua sekarang suka balik lambat. Balik untuk tidur sahaja walaupun itu rumah gua sendiri. Kalau awal baliknya, maka awallah kilang taik mata beroperasi...oleh ituuu :D, gua dok pekena benda minuman ini bila terpandang Restauran Sari Ratu di persimpangan traffic light :D. Nikmatttt...

Alpoka dot dot hahaha...

0 comments

Posted in

Bangsar Bangi Kentut Limau Nipis Maybank KLIA

Tuesday, March 1
Posted by ABC Takaful
Ceita bergambar sajerlahhh...
Kehidupan seharian hari ni digambar seperti formula mcm kat atas tu :D... Sudahnya...

Tertiba bila dah rasa macam formula mcm kat atas tu...dlm perjalanan balik ke umah dari office, terus rasa nak tenangkan minda yang tengah semak ni dekat airport - KLIA or LCCT tapi akhirnya ke..


D' Limau Nipis Bangi pekena mcm dlm gambo ni :))..triple I loike..Dan lepas tu pulak gi ke

dan masa berdiri tunggu giliran, tertiba aku rasa nak..

Sib baikk..aku tahan jer wpon masa mula-mula masuk bank tahap mata menggong...dah terang-terang suruh tarik tapi aku tolak pintu bank tu....hahahhaa...semua org tgk :D. Lepas settle. Balik rumah depan rasa dalam perut ada aiskrim!
0 comments

Posted in

Mee Hoon Goreng Singapore, Cafe Tau MMU

Monday, February 28
Posted by ABC Takaful
Baca blog member. Sekarang dia dekat Germany ikut husband buat Phd. Secara xlangsung mengimbau kenangan MMU wpon dia bukan dari kalangan member baik atau biasa2..tapi tetap member. Terbaca akan kisah Mee Hoon Goreng Singapore. Sudahnya, aku teringat pada Cafe Tau sebelah library MMU Cyber. Dekat sini lah aku mula kenal akan makanan ni. Giler kampung betul wpn lepas SPM aku dah ada kat Kolumpo sambung belajo hahahaha...Secara tak langsung teringat akan FIT Building di mana tempat aku menimba ilmu dulu. Banyak cabaran dan dugaan aku tempuh :D. Kisah exam week study dekat building tu. Aku weng satu sem tu sampai tertido depan lecturer Mr Jacob wpon duduk depan dia. ish3x...mcm..semua tu dah jadi kenangan.
Faculty of Information Technology

Mee Hoon Goreng ehsan Mr Google