i City Shah Alam
Friday, March 4
Hanya berbekalkan tidur hanya 1 jam 45 minit kelmarin..jadual harian sangat packed! Alhamdulillah sangat berbaloi-baloi. Buat pertama kali gua pergi i City Shah Alam. Bezanya cuma gua datang pada siang hari berbanding orang lain datang pada malam hari. Kerja maaaa....Client sangat baik dan insyaAllah akan ada rezeki lagi di office tersebut.
Malam hari ada appointment dekat Pandan Indah, existing client. Memang mencabar tapi alhamdulillah closed case yearly jugak. Cuma tidak terlintas difikiran, boss gua nak temankan appointment tersebut. Malu pun ada, serba salah pun ada sebab gua dah senior kan tapi sangat terharu sangat2. Dia orang memang bagus. Moga Allah makbulkan apa yang mereka doa dan idam-idamkan baik dari kehidupan sendiri mahupun team kami.